Thursday, November 20, 2008

PERJALANAN HIDUP SEORANG HAMBA YANG DAHAGAKAN ILMU





MOHD AZHAR SIDEK

Nama diberi Mohd Azhar Sidek. Lahir pada tahun 1985 di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1. Setelah tamat alam sekolah rendah, menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Kebangsaan Panji Alam, Kuala Terengganu. Pada tahun 2000, berpindah ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin(SMAASZA), Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga ke tingkatan 5. Kemudian mengambil STPM, di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek pada tahun 2004.

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.


RENUNGILAH…


“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.”

Wednesday, November 19, 2008

BERAKHIRNYA SEBUAH PEPERIKSAAN


Setelah tamatnya paper terakhir iaitu Pengajian Qiraat, barulah terasa lega dan bolehlah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembikinan blog dan laporan bertulis laporan ilmiah. Berakhirnya sebuah peperiksaan adalah saat yang paling gembira untuk dinantikan. Barulah aku dapat rasakan betapa nikmatnya dalam menuntut ilmu. Ilmu yang telah dipelajari akan ku aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk membina hari2 yang lebih bermakna. Lega rasanya hati ini bila peperiksaan aku yang berlansung selama 2 jam bermula pukul 8.30 pagi sehinggalah 10.30 pagi berakhir! Aku rasa bebas yang teramat sangat dan jarang sekali aku dapat menikmati saat saat dimana aku tidak perlu risau dan bekerja keras lagi.hehe... Untuk pengetahuan kalian, peperiksaan tadi adalah peperiksaan terakhir untuk semester ini.. Sedar atau tidak, sudah genap 3tahun setengah aku belajar, bertungkus lumus membuat assignment dan sebagainya... Tepat jam 10.30 tadi, berakhirlah segala galanya... Sudah mesti aku akan merindui saat2 manis pergi ke kelas bersama rakan rakan...Bercakap mengenai peperiksaan, memang ramai yang tidak suka! Yelah, peperiksaan banyak menduga sejauh mana kemampuan kita memahami subjek yang telah kita pelajari.. Macam aku, bukan aku tak suka peperiksaan, cuma yang aku tak tahan ialah jari jemari aku nie macam dah nak tercabut menulis diatas kertas jawapan.... Dengan had masa yang memang menduga kecekalan kita (2 jam) dan banyak soalan yang nak kene jawab (especially essay question)... memang kita akan rasa tertekan... Aku kadang2 pasrah dengan apa yang bakal aku terima selepas itu... Jika ada rezeki, dapatlah aku keputusan yang cemerlang.... Kalau tidak, sekadar lulus ajelah...Jauh disudut hati aku, aku memang mensasarkan keputusan cemerlang bila menduduki ape2 peperiksaan.. be the first..Alhamdulillah, aku lega kerana tadi, semuanya sudah selesai... Rasa seperti balak yang ade atas kepala telah dilepaskan.... Ringan seringan ringannya kepala otak aku skarang...Legaaaaa........................pasni wat laporan bertulis ilmiah plakk..

PERATURAN UNTUK HIDUP GEMBIRA

Kalau kalianlah, kehidupan yang macam mane yang kalian kategorikan sebagai gembira? Adakah dengan memiliki harta yang bertimbun timbun akan membuatkan kalian gembira sepanjang masa? Bagi akulah, harta semata mata tidak akan menjamin apa apa sebab harta dan wang ringgit, bila2 masa boleh susut dan habis... Dari apa yang aku amati, ramai orang yang berharta ini hidup mereka tak tenang kerana sentiasa diburu kerisauan... Yelah, mereka mungkin menjadi tarikan dan perhatian orang yang berniat tak baik (seperti perompak dan pembunuh) dan sebagainya.. Jadi, kita tak boleh nak cakap bahawa banyak harta dan wang akan menjamin kegembiraan...Aku tak pasti ape pendapat kalian, tapi aku rasa setiap apa yang kita miliki berlandaskan hukum dan hikmah yang tersendiri.. Begitu juga dengan kebahagiaan dan kegembiraan.. Jika kita ingin hidup gembira, kita perlu sedar dan tahu bahawa: -

Tuhan tidak menjanjikan hari hari tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan, tetapi Dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu, kebahagiaan untuk air mata, dan terang dalam perjalanan

Kekecewaan bagai "polisi tidur", ini akan melambatkan anda sedikit tetapi andalah selanjutnya akan menikmati jalan rata.

Teruskan melangkah ketika anda kecewa kerana tidak memperoleh apa yang anda kehendaki, terimalah hakikat dan bergembiralah, kerana Tuhan akan memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri anda...

Saat terjadi sesuatu pada anda, baik atau buruk, pertimbangkanlah hikmah disebaliknya...

Ada satu maksud untuk setiap kejadian dalam kehidupan, mengajar anda bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu kerap menangis.

Anda tidak boleh memaksa seseorang mencintai anda, apa yang dapat anda lakukan hanyalah membiarkan diri anda untuk dicintai, selebihnya ada pada orang itu untuk menilai diri anda.

Ukuran cinta adalah saat anda mencintai tanpa batas.

Dalam kehidupan jarang akan anda temui seseorang yang anda cintai dan orang itu mencintai anda juga.

Jadi sekali anda memperoleh cinta, jangan lepaskan. Kemungkinan cinta itu tidak akan kembali lagi.

Lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai anda daripada anda kehilangan orang yang anda cintai kerana harga diri anda.

Kita terlalu membuang masa untuk mencari orang yang sesuai untuk dicintai atau melihat kesalahan pada orang yang telah kita cintai, seharusnya kita menyempurnakan cinta yang kita berikan.

Jika anda sungguh sungguh cintakan seseorang, janganlah mencari kekurangannya, jangan mencari alasan dan jangan mencari kesalahannya.

Malahan, anda atasi kesalahan itu, terima kekurangan itu dan jangan anda hiraukan alasan itu.
Jangan pernah meninggalkan rakan lama. Anda tidak akan pernah mendapat penggantinya.
Persahabatan adalah bagai anggur, tambah lama akan bertambah baik!

Ermm... Begitulah kiranya kalau kita ingin hidup bahagia... Tapi kadang2 sukar gak untuk kita laksanakan yang sepatutnya kita laksanakan... Itulah manusia.. Lemah dan tak kuat... Fikir fikirkan.....

BEING MINDFUL


What is mindfulness?Mindfulness is paying attention. Sounds simple doesn't it? Unfortunately, most of us rarely pay attention including me!. Our minds wander to the past or worry about the future leaving little time to be aware of the present moment.This can lead to stress. And over time, stress will take its toll on your physical and mental well-being. Well, to some extent, we need to manage and try to overcome this scenario. Here are some simple strategies to help you manage your stress at work by being mindful.

Create rituals
Each day as you park your car at the workplace, be aware of your surroundings. As you get out of your car, say some positive words to yourself such as "I will give excellent service today" or "I will treat others with kindness today and others with treat me with kindness in return"

Be aware of your breath
Each time the phone rings take a deep breath before answering. This will centre you and help you to be present to the person calling you.

Be aware of your tension
While on the phone, check out where you are holding tension. Gently stretch your tense muscles. If your shoulders are tight, roll them forward a few times and then back.

Walk mindfully
Be aware of your feet with each step you take. Choose a word of a short phrase that is meaningful to you. Each time you get up to walk down a hall or to the test room, repeat your phrase as you walk. Someone who always feels worried may want to say "peace" of "peach in mind"

Centre
Pay attention to your breathing. Are you breaths short or shallow? Take a deep breath

Listen
Really listen as others are speaking. Look at them, hear their words, and watch their body language. Refrain from speaking until they are clearly done speaking. Give each person your full attention and you will find your relationships will improve and you'll have far less miscommunications on the job

Try one of these and as often you practice, you will find your breathing is easier, your muscles less tense, and that there are many joyful moments to be found in each day!

Wow !!!! ....

Source : NST, May 20, 06